Hari ini menjadi sejarah sebab berakhirnya PERS.
Sedih memang sedih sebab selama 2 bulan kami ni bagaikan saudara saling ingat mengingati , saling memberi sokongan dan memberi semangat antara satu sama lain, supaya masing-masing tidak mudah patah semangat dalam mencapai target yang diingini.
Untuk timbangan terakhir ini berat aku yang terkini adalah 67.8kg turun sebanyak 400gram.
Walaupun tak dapat capai berat yang aku inginkan tapi aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku sudah berjaya turunkan sebanyak 7.2kg sepanjang berlangsungnya PERS.
Gambar aku yang terbaru....gigih aku ambil pagi tadi masa joging ngan member opis....
Aku rasa kalau aku tak jumpa program PERS ini, mesti aku masih berada ditakuk berat yang lama iaitu 75kg. Dengan PERS ini juga aku berjaya mendisiplinkan diri untuk jaga pemakanan. Aku akan teruskan perjuangan ini sehingga aku berjaya mendapatkan berat yang menjadi taruhan sebenar iaitu 50kg.
PERS memang berjaya merubah gaya hidup aku 100%, kalau sebelum ni memang tak kisah makan apa sahaja tapi sejak aku join PERS aku menjadi lebih pemilih dalam menuntukan menu seharian, kalau dulu kurang makan sayur tapi sekarang sayur adalah peneman setia setiap kali waktu makan. Dalam menu seharian juga aku akan pastikan aku hanya makan makanan yang berasakan sup dan kurang minyak. Air masak juga adalah peneman sejati dikala kehausan.
Kepada Puan Penganjur, ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kerana telah berjaya menganjurkan program sebegini. Sememangnya jasa Puan Penganjur hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Lin juga doakan semoga Puan Penganjur berjaya mendapatkan berat yang diingini sebelum berakhirnya December 2011.