Hari ini menjadi sejarah sebab berakhirnya PERS.
Sedih memang sedih sebab selama 2 bulan kami ni bagaikan saudara saling ingat mengingati , saling memberi sokongan dan memberi semangat antara satu sama lain, supaya masing-masing tidak mudah patah semangat dalam mencapai target yang diingini.
Untuk timbangan terakhir ini berat aku yang terkini adalah 67.8kg turun sebanyak 400gram.
Walaupun tak dapat capai berat yang aku inginkan tapi aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku sudah berjaya turunkan sebanyak 7.2kg sepanjang berlangsungnya PERS.
Gambar aku yang terbaru....gigih aku ambil pagi tadi masa joging ngan member opis....
Aku rasa kalau aku tak jumpa program PERS ini, mesti aku masih berada ditakuk berat yang lama iaitu 75kg. Dengan PERS ini juga aku berjaya mendisiplinkan diri untuk jaga pemakanan. Aku akan teruskan perjuangan ini sehingga aku berjaya mendapatkan berat yang menjadi taruhan sebenar iaitu 50kg.
PERS memang berjaya merubah gaya hidup aku 100%, kalau sebelum ni memang tak kisah makan apa sahaja tapi sejak aku join PERS aku menjadi lebih pemilih dalam menuntukan menu seharian, kalau dulu kurang makan sayur tapi sekarang sayur adalah peneman setia setiap kali waktu makan. Dalam menu seharian juga aku akan pastikan aku hanya makan makanan yang berasakan sup dan kurang minyak. Air masak juga adalah peneman sejati dikala kehausan.
Kepada Puan Penganjur, ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kerana telah berjaya menganjurkan program sebegini. Sememangnya jasa Puan Penganjur hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Lin juga doakan semoga Puan Penganjur berjaya mendapatkan berat yang diingini sebelum berakhirnya December 2011.
11 comments:
tahniah Lin atas penurunan berat badan yang begitu banyak! Kagum amat2 saya dengan Lin. =)
Alhamdulilah, gembira & terharu bila program yg dianjurkan ini dapat membantu. Semoga Lin dapat capai sasaran berat 50kg tu. Teruskan perjuangan yee..
Akhir sekali, terima kasih atas doa Lin. Amin =)
kamu SANGAT HEBAT!!!!!
TAHNIAH...
sesama le kita kearah berat 50kg nanti.
I'Allah
Nadia:tq nadia...sama2lah kita berdiet untuk capai target yg kita nak
amaniammar:Tq,kamupun hebat jugak...semoga kita berjaya capai 50kg...go,go...caiyok!
tahniah...azrin kt seremban ke? lin kt pilah...tp rajin gak ke city park tu g bg ikan mkn n men layang2...xde la sampai jogging...
tahniah lin! kagum dengan lin mampu turunkan berat sebyak tu... :) jom lepas ni sama2 capai target 50kg
tilot-jom meneruskan misi 50kg...:)
noradzlina - aah saya keje di seremban2, tp tinggal kt tmn paroi jaya...hehehe,lain kali kalau dtg leh la jumpe...joging kt sana best tau
Salam kenal-kenal
Anda berjaya sebab anda boleh....
Lepas ni kita berjuang sama2.
tahniah azrin...kagum dgn smgt & kesungguhan azrin..semoga berjaya selalu...teruskan cbrn ini & capai weight yg diinginkan ya
moh..diyet - tq bagi kata2 semangat itu, sesungguh kata2 semangat dr kawan2 yang buat saya lebih berdisiplin...:D
Mia - tq sebab sentiasa bg kata2 semangat, saya sangat2 menghargainya...
ala....lin ni tinggal n kojo kt pilah...kekadang jek g city park tu...
Post a Comment