LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers
Showing posts with label Final. Show all posts
Showing posts with label Final. Show all posts

Thursday, September 29, 2011

Tamatlah Sudah PERS.....:((

Hari ini menjadi sejarah sebab berakhirnya PERS.

Sedih memang sedih sebab selama 2 bulan kami ni bagaikan saudara saling ingat mengingati , saling memberi sokongan dan memberi semangat antara satu sama lain, supaya masing-masing tidak mudah patah semangat dalam mencapai target yang diingini.

Untuk timbangan terakhir ini berat aku yang terkini adalah 67.8kg turun sebanyak 400gram. 


Walaupun tak dapat capai berat yang aku inginkan tapi aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku sudah berjaya turunkan sebanyak 7.2kg sepanjang berlangsungnya PERS.


Gambar aku yang terbaru....gigih aku ambil pagi tadi masa joging ngan member opis....



Aku rasa kalau aku tak jumpa program PERS ini, mesti aku masih berada ditakuk berat yang lama iaitu 75kg. Dengan PERS ini juga aku berjaya mendisiplinkan diri untuk jaga pemakanan.  Aku akan teruskan perjuangan ini sehingga aku berjaya mendapatkan berat yang menjadi taruhan sebenar iaitu 50kg.

PERS memang berjaya merubah gaya hidup aku 100%, kalau sebelum ni memang tak kisah makan apa sahaja tapi sejak aku join PERS aku menjadi lebih pemilih dalam menuntukan menu seharian, kalau dulu kurang makan sayur tapi sekarang sayur adalah peneman setia setiap kali waktu makan. Dalam menu seharian juga aku akan pastikan aku hanya makan makanan yang berasakan sup dan kurang minyak. Air masak juga adalah peneman sejati dikala kehausan.

Kepada Puan Penganjur, ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kerana telah berjaya menganjurkan program sebegini. Sememangnya jasa Puan Penganjur hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Lin juga doakan semoga Puan Penganjur berjaya mendapatkan berat yang diingini sebelum berakhirnya December 2011. 

Monday, September 12, 2011

Diumumkan sebagai pemenang PDR...

Malam tadi masa aku buat blogwalking kat blog2 yang lain, tetiba ternampak gambar sendiri kat blog Kak Zel  

Rupa-rupanya puan pengajur itu telah mengumumkan pemenang untuk PROGRAM DIET RAMADHAN (PDR) yang beliau telah anjurkan. 

Aku juga tak sangka diumumkan sebagai pemenang dalam program ini, Alhamdulillah.....

Mesti ada yang nak taukan macam mana aku boleh join program ni, ini semua secara kebetulan dan penyertaan akupun dikira macam last minit jugalah....

Kalau aku tak baca blog Jue Rayyan, mesti akupun tak tau ada cabaran macam ini.

Ini adalah gambar aku masa mula-mula menyertai PDR. Masa ni berat aku 75kg, sangat beratkan, nak tengok gambar sendiripun malu tau masa ini.


Ini pulak gambar aku masa berakhirnya PDR. Gambar ini aku tangkap masa 1 syawal hari tu dengan berat 67.9kg, masa ini aku berjaya hilangkan sebanyak 7.1kg (lepas raya berat aku naik jadi 69kg, dan sehingga hari ini berat aku dah 68.0kg).

Tujuan utama aku menyertai PDR ini memang nak kurus, dan impian aku untuk memakai semula baju nikah pada 1 syawal tercapai. 

Aku rasa bersyukur sangat sebab usaha aku selama sebulan (mula dari 1/8/2011 hingga 30/8/2011) sangat-sangat berbaloi. Memang sepanjang bulan puasa aku tak pernah miss bersenam (kecuali turn balik puchong), hari-hari aku pergi gym. Aku memang tak ada amalkan diet yang ketat, aku makan semuanya cuma aku akan pastikan kuantiti makanan tu bersesuaian dengan apa yang badan aku perlukan. Tapi makanan atau minumam manis memang aku elakkanlah, kalau nak makanpun sikit je sekadar merasa. Bila keinginan nak makan banyak tu datang cepat-cepat aku sedarkan diri sebab aku rasa sayang bila dah penat-penat membakar lemak sampai lencun baju semuanya, takan aku nak punahkan dalam sekelip mata aje.

Dalam diet apa yang paling penting adalah disiplin, kalau disiplin tak kuat memang semua itu tak akan berjaya. Aku juga percaya kalau diet tanpa senaman itu juga tak cukup membantu untuk menjadi kurus.

Kepada semua kawan-kawan PDR, kalian semua hebat dan semoga perjuangan kita semua akan terus berpanjangan sehingga kita semua berjaya mendapatkan berat badan impian. Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya, dan jadikan kegagalan itu sebagai pendorong utama untuk kita mencapai target yang sebenarnya.

Kepada Kak Zel, terima kasih banyak-banyak sebab anjurkan program macam ini, sebab kerana program inilah saya berjaya bangkit dengan semangat yang baru dalam mengekalkan cara hidup yang sihat.