LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Monday, October 3, 2011

Sarapan Semalam & Hari ini


Menu sarapan semalam ~ 2 biji telur mata + timun



Menu sarapan hari ini ~ salad + timun + hirisan ayam goreng + 1 sudu mayonis


jemput makan semua...:D

Sunday, October 2, 2011

Program Diet Yang Baru

Secara jujurnya aku rasa rindu dekat program PERS, sebab Puan Penganjur dia sangat2 best...

Mulai hari ini aku dah mula join program diet lagi.....bukan 1 program yang aku masuk tapi 2 sekali....ini bukan sebab tamak ke apa, tapi ini adalah cabaran baru untuk aku, sebab tulah aku masuk kedua2nya sekali, supaya aku boleh cabar diri sendiri untuk capai target.

Nak tau program apa yang aku masuk...moh skodeng bawah ye..........

Program yang pertama adalah..........Cabaran Turun 5kg sebulan. Dengar tajukpun takut, bukan takut apa tapi takut diri sendiri tak dapat nak turunkan sebanyak itu dalam masa sebulan ini.

Cabaran kedua adalah Maharani Atkins, aku baru nak berjinak-jinak dalam Atkins ini. Aku harap aku berjayalah dalam Atkins Diet ini, sebab kalau tengok menu yang harus dimakan memang menguji kesabaran sungguh.


Adakah aku berjaya dalam kedua-dua program ini????? kita tunggu dan lihat sampai tamat program ini.

Thursday, September 29, 2011

Tamatlah Sudah PERS.....:((

Hari ini menjadi sejarah sebab berakhirnya PERS.

Sedih memang sedih sebab selama 2 bulan kami ni bagaikan saudara saling ingat mengingati , saling memberi sokongan dan memberi semangat antara satu sama lain, supaya masing-masing tidak mudah patah semangat dalam mencapai target yang diingini.

Untuk timbangan terakhir ini berat aku yang terkini adalah 67.8kg turun sebanyak 400gram. 


Walaupun tak dapat capai berat yang aku inginkan tapi aku tetap bersyukur sekurang-kurangnya aku sudah berjaya turunkan sebanyak 7.2kg sepanjang berlangsungnya PERS.


Gambar aku yang terbaru....gigih aku ambil pagi tadi masa joging ngan member opis....



Aku rasa kalau aku tak jumpa program PERS ini, mesti aku masih berada ditakuk berat yang lama iaitu 75kg. Dengan PERS ini juga aku berjaya mendisiplinkan diri untuk jaga pemakanan.  Aku akan teruskan perjuangan ini sehingga aku berjaya mendapatkan berat yang menjadi taruhan sebenar iaitu 50kg.

PERS memang berjaya merubah gaya hidup aku 100%, kalau sebelum ni memang tak kisah makan apa sahaja tapi sejak aku join PERS aku menjadi lebih pemilih dalam menuntukan menu seharian, kalau dulu kurang makan sayur tapi sekarang sayur adalah peneman setia setiap kali waktu makan. Dalam menu seharian juga aku akan pastikan aku hanya makan makanan yang berasakan sup dan kurang minyak. Air masak juga adalah peneman sejati dikala kehausan.

Kepada Puan Penganjur, ribuan terima kasih dan tahniah diucapkan kerana telah berjaya menganjurkan program sebegini. Sememangnya jasa Puan Penganjur hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Lin juga doakan semoga Puan Penganjur berjaya mendapatkan berat yang diingini sebelum berakhirnya December 2011. 

Sunday, September 25, 2011

Berat daku pada minggu ini adalah............................seperti di bawah









naik 600gram..................sebab apa naik?????????sebab aku ada acara makan-makan dari jumaat sampailah ke hari ini..........fuhhhh, inipun puas gak menahan nafsu makan......dalam menahan-nahan makan ni naik jugak berat aku....ginilah nasibnya kalau berat lum turun ke angka yang stabil lagi....turun naik berat adalah lumrah bagi orang yang berdiet...........:P

Thursday, September 22, 2011

Menu 22.09.2011

Sarapan Pagi:
1 biji telur goreng
2 ketul sosej

Tengahari:
2 ketul sup ayam
Tauhu & sawi

Malam:
Telur dadar

Senaman:
Joging & Berlari turun naik tangga

Wednesday, September 21, 2011

Menu 21.09.2011

Sarapan:
2 biji telur rebus
Timun
1 sudu kecil mayonis

Tengahari:
Ikan kerisi masak merah (ambil ikan sahaja,sambal buang)
Sayur campur
sayur pucuk ubi

Malam: (sebelum jam 8)
Sosej 3 batang
Ayam goreng 2 ketul (bhg. peha, kulit semua buang)

Air Kosong : lebih 3 liter

Senaman: Tak buat, encik suami ajak g tesco beli mineral water 3 kotak

Tuesday, September 20, 2011

Menu 20.09.2011

Sarapan Pagi:
1 biji telur goreng
Timun

Tengahari:
1 ketul ayam goreng
1/2 ekor ikan bawal masak asam (kuah tak ambil)
1 cawan sayur bayam goreng

Malam: (Makan Jam 6 petang)
3 batang sosej

Air Kosong : lebih 3 liter sehari

Senaman:
Joging & Jalan Sederhana Laju : 3km
Berlari Naik Turun Tangga : 3 kali (buat sikit pasai dah nak dkt maghrib)

* semalam aku kantoi makan muruku ikan 2 genggam...:P

Monday, September 19, 2011

Menu 19.09.2011

Hari pertama aku mula berjinak-jinak dengan ATKIN'S Diet...aku perlu wat perubahan, strategi diet kena ubah, target 3 bulan untuk dapatkan berat 50kg makin hampir.

Ini adalah menu aku untuk 19.09.2011 (Isnin)

Sarapan:
2 biji telur goreng
timun

Tengahari:
1 ketul ayam goreng (buang kulit)
1 cawan sayur kangkung

Malam (makan sebelum jam 8.00):
1 ketul ayam masak kurma (kuah tak amik, semata2 ayam sahaja)

Air kosong : lebih 3 liter

Senaman:
Joging & Jalan Sederhana Laju : 2.5km
Berlari naik turun tangga : 6 kali

Sunday, September 18, 2011

Timbangan Minggu kelapan - PERS

Tak lama dah PERS akan berakhir, nampaknya untuk capai sasaran 50kg memang tak adalah....
cuma harapan aku bila berakhirnya PERS nanti berat aku bawah 64kg pun dah bersyukur...tapi usaha akan terus dijalankan sampailah berjaya mencapai misi 50kg...

dan berat saya pada minggu ini adalah 67.6kg.....turun sebanyak 500 gram je....



nampaknya penurunan makin slow pulak sekarang ni, strategi diet harus berubah untuk dapatkan 64kg masa timbangan final nanti...

Thursday, September 15, 2011

Inilah Menu & Senaman Sampai Turun 7kg

Pada yang bertanya itu, inilah dia menu apa yang aku makan dan juga senaman yang aku lakukan sepanjang Ramadhan lepas yang membolehkan berat aku turun sampai 7kg....

* sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar



Macam Mana leh Kurus............

Mungkin sebab tekad yang kuat kot, tu sebab boleh kurus (walaupun belum kurus sepenuhnya lagi)

Ada juga yang tanya apa yang aku makan sampai boleh turun 7kg dalam sebulan...

dan ini adalah jawapannya:

Aku dapat turun sebanyak itu sebab bulan puasa, dalam bulan syawal ni memang tak dapatlah turun sampai 7kg, sebab dugaannnya banyak..yang penting kenalah berada di landasan yang betul supaya tak tersungkur di tengah jalan.

Sepanjang Ramadhan lalu memang aku catu apa-apa makanan yang aku makan, kalau dulu aku ni jenis semua nak makan time berbuka, tapi untuk tahun ini tidak!. Aku hanya makan sikit je time berbuka, biasanya 2ketul kuih yang tak manis, kalau mak mertua aku masak bihun atau buat nasi minyak, aku hanya makan 1 senduk je. Tapi air masak memang aku akan minum bergelas-gelas. Air manis memang tak sentuh langsung.

Waktu sahurnya pulak aku makan tak lebih dari 1 senduk nasi dan juga lauk pauk yang tidak terlalu berminyak & berlemak.

Tapi satu rahsia yang membuatkan berat aku turun sebanyak itu adalah bersenam. Sepanjang berpuasa memang aku tak pernah miss pergi ke gym, setiap hari aku menjadi pengunjung setia gym. Biasanya aku akan naik treadmill selama 15 minit dan berbasikal selama 15 minit. Hari-hari buat tanpa jemu, dah aku percaya untuk kurus kita perlu bersenam supaya badan kita lebih firm barulah cantik.

Jadi kesimpulan yang aku boleh buat adalah untuk kurus ini senaman adalah sangat-sangat penting. Kalau malas bersenam usah haraplah nak dapatkan berat idaman, sebab kurus tanpa senaman memang tak cantik, takut nanti yang hilang hanyalah berat air je sedangkan lemak masih ada, tu yang buat badan akan naik balik bila dah tak diet.

* Sekarang ni proses diet masih lagi aku teruskan, aku perlu turunkan lagi 18kg untuk dapatkan berat idaman.

Monday, September 12, 2011

Diumumkan sebagai pemenang PDR...

Malam tadi masa aku buat blogwalking kat blog2 yang lain, tetiba ternampak gambar sendiri kat blog Kak Zel  

Rupa-rupanya puan pengajur itu telah mengumumkan pemenang untuk PROGRAM DIET RAMADHAN (PDR) yang beliau telah anjurkan. 

Aku juga tak sangka diumumkan sebagai pemenang dalam program ini, Alhamdulillah.....

Mesti ada yang nak taukan macam mana aku boleh join program ni, ini semua secara kebetulan dan penyertaan akupun dikira macam last minit jugalah....

Kalau aku tak baca blog Jue Rayyan, mesti akupun tak tau ada cabaran macam ini.

Ini adalah gambar aku masa mula-mula menyertai PDR. Masa ni berat aku 75kg, sangat beratkan, nak tengok gambar sendiripun malu tau masa ini.


Ini pulak gambar aku masa berakhirnya PDR. Gambar ini aku tangkap masa 1 syawal hari tu dengan berat 67.9kg, masa ini aku berjaya hilangkan sebanyak 7.1kg (lepas raya berat aku naik jadi 69kg, dan sehingga hari ini berat aku dah 68.0kg).

Tujuan utama aku menyertai PDR ini memang nak kurus, dan impian aku untuk memakai semula baju nikah pada 1 syawal tercapai. 

Aku rasa bersyukur sangat sebab usaha aku selama sebulan (mula dari 1/8/2011 hingga 30/8/2011) sangat-sangat berbaloi. Memang sepanjang bulan puasa aku tak pernah miss bersenam (kecuali turn balik puchong), hari-hari aku pergi gym. Aku memang tak ada amalkan diet yang ketat, aku makan semuanya cuma aku akan pastikan kuantiti makanan tu bersesuaian dengan apa yang badan aku perlukan. Tapi makanan atau minumam manis memang aku elakkanlah, kalau nak makanpun sikit je sekadar merasa. Bila keinginan nak makan banyak tu datang cepat-cepat aku sedarkan diri sebab aku rasa sayang bila dah penat-penat membakar lemak sampai lencun baju semuanya, takan aku nak punahkan dalam sekelip mata aje.

Dalam diet apa yang paling penting adalah disiplin, kalau disiplin tak kuat memang semua itu tak akan berjaya. Aku juga percaya kalau diet tanpa senaman itu juga tak cukup membantu untuk menjadi kurus.

Kepada semua kawan-kawan PDR, kalian semua hebat dan semoga perjuangan kita semua akan terus berpanjangan sehingga kita semua berjaya mendapatkan berat badan impian. Gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selamanya, dan jadikan kegagalan itu sebagai pendorong utama untuk kita mencapai target yang sebenarnya.

Kepada Kak Zel, terima kasih banyak-banyak sebab anjurkan program macam ini, sebab kerana program inilah saya berjaya bangkit dengan semangat yang baru dalam mengekalkan cara hidup yang sihat.

Sunday, September 11, 2011

Timbangan PERS - 12.09.2011

Sesungguhnya berdiet di bulan syawal ini memang menguji kesabaran sungguh dengan open house di sana sini, ini lum termasuk lagi jamuan raya opis...:D

Apa2pun misi menguruskan badan @ diet harus diteruskan, tak boleh leka walau sedetikpun....berat harus diturunkan dari minggu ke minggu, tak mahu dicalitkan dengan sikitpun kenaikanpun...

Dan berat aku yang terkini adalah..........68.1 kg...turun sikit je 0.9kg


Strategi untuk minggu ni pulak, rasanya sama je ngan minggu lepas....makan tapi masih dalam kawalan lagi, bersenampun hari-hari, rasa penat atau jemu memang tak ada dalam kamus hidup orang yang berdiet ini..

Thursday, September 8, 2011

korang timbang berat time bile ye??

Aku hari-hari timbang berat, pagi lepas bangun dan malam sebelum tidur...
walapun ada yang kata amalan macam ni tak bagus...
tapi bagi aku, ini cara aku untuk memantau berat aku......

Geng2 diet sekalian.........
korang timbang berat time bila ye???

Bukan senang nak kurus..................


Tetiba hari ini aku terdetik nak buat entry pasai kurus, diet dan sebagainya…
Bagi aku semua orang suka cantik, suka kurus..baik lelaki mahupun wanita…
Tapi bila cakap pasai kurus ni biasanya kaum wanitalah yang terlalu obses…
Sebab bagi wanita kurus itu cantik, kurus itu menarik dan kurus itu membuatkan lebih berkeyakinan, mungkin faktor ini disebabkan oleh lelaki yang suka akan wanita cantik…(ini dari pemerhatian akulah walaupun tak semua lelaki macam tu, tapi encik suami saya memang suka pompuan kurus, diapun sentiasa warning aku supaya tak boleh GEMUK)…

Mungkin sebab encik suami yang jenis macam tulah menaikkan semangat aku untuk kurus, entahlah akupun tak tau aku ni gemuk tang mana…pasai ramai kawan-kawan kata aku ni bukan gemuk sangatpun wat pe nak diet…

Tapi hanya diri aku je yang tau aku ni gemuk ke tak…..mungkin aku ni bukan gemuk sangat tapi aku ni jenis yang berisi, orang macam aku ni memang ni bahaya sikit, sebabnya kalau tak jaga makan, malas bersenam memang senang-senang je boleh jadi gemuk….

Aku bersyukur sangat dapat join geng-geng diet yang lain (PDR & PERS), walaupun aku hanya mengikuti perkembangan diet dorang semua hanya melalui alam maya sahaja, tapi semangat dorang semua yang menjadikan aku lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan…..aku join dorang bukan sebab nak menang hadiah yang menarik tapi aku hanya mengharapkan semoga impian aku turun sampai 50kg menjadi kenyataan. Aku nak bangkit dengan penampilan yang baru, penampilan yang lebih sihat dan juga badan yang fit, kalau kurus tapi badan tak fitpun tak guna gak…ye dok!

Nak kurus ni macam-macam yang aku perlu lalui, semangat sememangnya kena kuat, disiplin perlu ada, kalau goyah sikit memang jahanam lah diet selama ini…bak kata seorang temanku “diet di bulan puasa memang mudah sebab senang2je boleh turun sampai 2kg, tapi cabaran yang sebenarnya adalah diet selain dibulan Ramadhan”, ye aku akui semua itu………keazaman dan disiplin kena kuat, kalau dua2 ni tak ada memang takan kuruslah, duduklah aku ditakok lama.

Selepas bulan Ramadhan ni, aku memang tak haraplah dapat turunkan sampai 2kg seminggu, dapat turun 1kgpun aku dah bersyukur, yang penting setiap minggu tu ada penurunannya. Aku bukan macam orang lain yang diet gila2…aku masih makan macam biasa, cuma aku hadkan pengambilannya saja, aku hanya makan apa yang badan aku perlu sahaja. Bak kata orang kita adalah apa yang kita makan, kalau rasa-rasa makan banyak untuk hari tu, kenalah tingkatkan senaman supaya apa yang aku makan tak tersimpan menjadi lemak.

Aku juga bersyukur sangat-sangat dapat suami yang sentiasa bagi sokongan, kalau aku terleka dia pasti akan tegur, kalau aku malas dia akan bagi kata-kata semangat…sebab dia tau aku boleh buat…..dan dia jugalah yang bawak aku berjoging tiap-tiap petang tanpa kenal erti jemu dan penat…demi untuk melihat isterinya ini mencapai matlamat 50kg…. terima kasih sayang.

Monday, September 5, 2011

PERS - Timbangan Syawal

Sorry nadia sebab lambab update berat terkini, hari ni baru ada keyakinan untuk naik penimbang, akibat terlampau banyak makan rendang dan ketupat...

dan seperti yang dijangkakan, berat memang naik musim syawal ni....tu memang susah nak kontrol..nak2 dah duduk jauh dari mak tu yang makan banyak rendang air tangan mak....hehehe

dengan ini diumumkan kenaikan berat pada minggu pertama syawal sebanyak 1.1kg......jadi berat saya yang terkini adalah.....69.0kg....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Mula hari ini, saya telah mula berdiet...makan 5x sehari tapi dalam jumlah yang sedikit...sarapan makan cornflakes + susu, pukul 10 mkn buah, tengahari akan ambil nasi 1/2 + lauk yang tidak berminyak + sayur yang banyak, petang makan biskut oatmeal dan malam pulak hanya makan biskut je 3 keping.

Saya memang tak boleh tinggalkan kabohidrat terutamanya nasi, sebab aku perlukan tenaga untuk bersenam di setiap petang.

Semalampun dah start joging balik, setiap hari aku peruntukan sejam untuk bersenam....saya berharap sangat semoga usaha ini akan menampakkan hasil yang membanggakan untuk diri sendiri.

Sunday, September 4, 2011

Tamat sudah cabaran untuk PDR

Tamat sudah cabaran untuk PDR, sekarang ni ada lagi satu cabaran yang aku perlu teruskan iaitu PERS...harapannya semoga aku berjayalah dapat angka 5 di depan tu hujung bulan ni....

dan hasilnya setelah sebulan jaga makan dan bersenam tanpa kira penat, aku berjaya turunkan sebanyak 7.1 kg, angka ini belum cukup lagi pasai target aku masih jauh lagi....

Sunday, August 28, 2011

Timbangan Akhir Ramadhan (PERS)

Hari ini adalah timbangan terakhir untuk bulan Ramadhan. Bulan puasa senang je nak turunkan berat sebab siang tak makan, harap2 sepanjang syawalpun berjaya juga kawal makan...:D

Berat saya untuk minggu terakhir ini adalah................67.9kg, penurunan sebanyak 1.4kg dari minggu lepas.

Tamat sudah pers untuk bulan puasa, lepas ni sambung untuk syawal pulak, bulan yang penuh dengan cabaran makan dan open house terutamanya bagi orang yang tengah diet, harap-harap berjaya kawal makan sepanjang syawal ni.

Monday, August 22, 2011

Timbangan Minggu Ke4 - PERS

Penurunan berat minggu ini tak berapa nak cun sangat....minggu lepas jugak aku tersangat-sangatlah penat, nak bersenampun tak ada semangat sangat, tak taulah kenapa...makanpun tak berapa nak jaga sangat, tapi masih berjaga-jaga lagi, tak semua yang aku makan.

dan disebabkan malas minggu lepas, jadi beratpun turun tak bape nak banyak....berat aku untuk timbangan minggu ke4 ini adalah......69.3 kg, penurunan hanyalah 1.2kg sahaja!

minggu ni adalah minggu last puasa, aku harap sangat ada penurunan lagi...workout kena up lagi makanpun kena jaga jugak, jangan main sebat je....

Sunday, August 14, 2011

Puan penganjur kita ni siap ada tugasan istimewa lagi ye untuk rakan-rakan PERS, wah leh pecah kepala gak ni nak memikirkan angan2 ku itu….hehehe

Tugasan pertama : Ceritakan perasaan bila 1 syawal nanti, masa tu berat badan dah susut, bayangkan camne raya nanti.

Okey, aku nak cerita pasai perasaan masa 1 syawal nanti ye. Aku rasa akulah orang yang paling hepi dan paling cun sekali bila dapat pakai baju raya yang dah aku beli kt gulatis tu, pasai apa aku kata hepi sebabnya aku telah mencabar diri aku sendiri untuk beli baju saiz ‘s’, hari rabu lepas aku dah try baju tu dan Alhamdulillah rasanyapun dah agak selesa sikit berbanding masa baru2 beli sebelum puasa itu hari. Cuma harapan aku bila raya nanti dia akan rasa bertambah-tambah selesa lagi dan nanti bolehlah perasan sikit yang aku ni dah kurus…:P

Apa yang aku boleh bayangkan suasana raya nanti pasti akan lebih seronok, nak jumpa sedara marapun bertambah yakin tak adalah rasa malu atau rendah diri sangat, pasai badan dah kurus sikitkan. Nanti tak adalah yang mengata aku ni gemuk pulak lepas kawen. Sebab masa aku kawen bulan 11 tahun lepas badan aku kurus.

Tugasan Kedua: Ceritakan apa makanan yang selalu di makan di hari raya

Biasanya kalau pagi raya tu aku akan makan ketupat dengan kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah dan juga sayur masak lodeh. Mak aku punya masakan memang paling sedap di dunialah, kalau tak makan apa yang dia masak pagi raya tu bagi aku memang satu kerugian besar sangat. Disebabkan kami ni orang Selangor jadi tak adalah lemang hanya ada ketupat semata-mata.

Kuih raya biasanya tak berapa gemar sangat nak makan, kalau teringin barulah makan takpun kalau tengok adik2 aku sedap je makan kuih raya barulah aku usik. Air manis usah cakaplah, masa raya oren Sunkist memang satu kewajipan,nak2 kalau buat pekat2 dengan taruk air batunya lagi, fuhhhhh…memang berkilo-kilo le badan ko leh naik tau…hehehe

Tugasan ketiga: Apa perancangan tahun ini untuk memastikan yang makan tersebut masih lagi boleh di makan TANPA ada rasa penambahan berat badan.

Bagi aku sebelum makan makanan yang sedap2 macam aku cakap kat atas tu kan, kenalah isi perut dulu dengan air kosong, minum banyak-banyak dan secara tak langsung ini akan membuatkan aku rasa cepat kenyang walaupun makan sikit. Aku pernah terbaca satu artikel la, dia kata kalau kita rasa lapar kita cuba minum air kosong sebab kadang-kadang tu perut kita ni bukan lapar sangatpun cuma dia rasa haus je, bila kita minum banyak air kosong memang cepat rasa kenyang. Aku akan praktikkan kaedah ini iaitu minum air kosong banyak sebelum makan, supaya aku berjaya kawal berat badan aku nanti.

Dugaan hari raya memang kuat sangat, pokok pangkal pada hati kita…InsyaAllah kalau kita pikir nak cantik, nak kurus kita pasti akan boleh buat punya. Lagi satu senaman memang tak akan dilupakan, walaupun raya bersenam tetap buat jugak barulah boleh maintainkan berat yang ada tu.

Timbangan Minggu Ketiga (15.08.2011)

Timbangan minggu ketiga dah kembali. Pagi tadi bangun sahurpun dah rasa berdebar-debar masa nak naik penimbang, takut nanti berat tak turun seperti yang diharapkan. Sepanjang minggu dari Isnin sampailah Jumaat memang tak jadi masalah, sebab pergi gym kiranya adalah jugak pembakaran kalori dan lemak itu, tapi hari sabtu ngan ahad memang tak dapatlah ke gym, kena tolong mak mertua masak untuk hidangan berbuka puasa. Kebetulan hari sabtu dan ahad abang ipar & kakak ipar sekeluarga balik untuk berbuka bersama jadi makanan tu jangan cakaplah memang banyak. Aku tengokpun takut dah sebijik macam bazaar ramadhan lak, semua ada…hehehe


Tapi Alhamdulillah aku berjaya juga kawal nafsu makan ni, memang dalam hati cakap jangan makan banyak sebab cabaran untuk kurus masih panjang lagi, selagi belum dapat berat idaman selagi itulah jangan makan banyak. Aku perlu cakap macam ni pada diri sendiri supaya aku tak mudah lupa diri, dan aku jugak tak mahu usaha aku pergi gym tiap-tiap petang hancur macam tu je disebabkan kesilapan diri yang mudah sangat hanyut bila tengok makanan di depan mata.


Jadi berat aku pada minggu ini adalah…………70.5kg, Alhamdulillah ada penurunan sebanyak 1.9kg berbanding dengan minggu lepas. Walaupun turun sebanyak 1.9kg tapi ada sedikit kecewa jugaklah sebab target aku untuk turun sebanyak 2kg tak tercapai.



Rumusan:


Walaupun aku berjaya turunkan 1.9kg untuk minggu ni, tapi aku rasa sedikit kecewa sebab target aku untuk turunkan 2kg seminggu tak tercapai. Nampak gayanya minggu ini aku kena usaha lebih lagi supaya aku berjaya mencapai target yang dah aku tetapkan.


Strategi untuk minggu ini pulak aku kena gandakan usaha lagi, Iman kena kuat supaya aku dapat tapis keinginan makan yang melampau. Perjuangan masih jauh lagi, ada lagi 20.5kg yang perlu aku singkirkan. InsyaAllah aku boleh.


Untuk dapatkan sesuatu yang diingini, perlu ada usaha yang lebih…tanpa usaha dan disiplin semua keinginan hanya akan menjadi angan-angan kosong sahaja.



Thursday, August 11, 2011

11 Ramadhan

Sahur:
1 senduk nasi putih
Telur dadar
Sup
Sayur Campur

Berbuka:
1/2 pinggan bihun goreng
1/4 murtabak daging
1 biji (kecil) buah melaka
2 biji kurma
4 gelas air kosong

Senaman:
Treadmill/15 minit
Basikal/20 minit
Turun naik tangga/100x
Push up/20x
Sit up/10x

Wednesday, August 10, 2011

Menu 10 Ramadhan

Sahur:
1 senduk nasi putih
1 ekor ikan goreng
Telur dadar
Sayur cendawan
Air kosong


Berbuka:
1 senduk nasi minyak
1 ketul kecil ayam madu
Sayur campur
1 potong tembikai
Air kosong


Senaman:
Treadmill/16 minit/1.8km/100kcl
Basikal/15 minit
Dumbell/40x tangan kiri dan kanan
Push up 20x

Tuesday, August 9, 2011

PDR & PERS ~ MENU 9 RAMADHAN

Sahur:
1 senduk nasi putih
1 ekor ikan goreng
Sup

Berbuka:
3 biji kurma
Air suam 3 cawan
1 keping tauhu sumbat
3 ketul cucur udang (saiz kecil)
2 biji buah melaka
1 potong betik


Senaman:
Treadmill/20 minit/2km/132 kcl
Basikal/10 minit
Dumbell/40x tangan kiri dan kanan

Monday, August 8, 2011

Pemenang Minggu Ke2 ~ PERS

Puan penganjur bagi program PERS telah umumkan pemenang bagi sesi timbangan minggu ke2. Aku tak sangka yang aku boleh menang untuk sesi ke2 ini.

Dan ini adalah resultnya:

“Penurunan sebanyak 2.6kg dan juga merupakan peserta yang mempunyai %LWP tertinggi dengan 3.46%”

Alhamdulillah, ni yang buat semangat aku berkobar-kobar untuk diet dan terus bersenam. Penyokong paling kuat aku adalah encik suami. Memang tiap-tiap petang kami akan ke gym,setiap hari memang encik suami akan suruh aku up dan up lagi masa atas treadmill, kalau hari ni aku buat 16 minit, esok dia akan suruh aku up lagi lebih dari 16 minit, dan dia jugak pastikan kalori aku terbakar lebih 100kcl setiap hari.

Kepada kengkawan yang sama-sama join PERS, selamat berjaya juga untuk korang semua. Semua kita semua berjaya mendapat berat ideal bukan sahaja untuk cantik tapi yang paling penting adalah untuk sihat.

PDR & PERS ~ MENU 8 RAMADHAN

Sahur:
1 senduk nasi putih
1/2 ekor ikan goreng
sayur kacang goreng berempah


Berbuka:
Bihun goreng sepinggan
1 ketul popia sayur
4 sudu bubur jagung (kongsi ngan encik suami)
3 biji kurma
Air suam 3 gelas


Senaman:
Treadmill - 16 minit/1.6km/130 kcl
Berbasikal - 20 minit
Jalan perlahan atas trek - 5 minit (cooling down)

Sunday, August 7, 2011

Timbangan Minggu Kedua

Hari ini dah masuk timbangan kedua. Sepanjang minggu lepas berjaya kawal makan. Berbuka kat rumah mak di puchong memang banyak cabarannya sebab mak berniaga di bulan Ramadhan, tapi berjaya jugaklah mengawal nafsu makan ni cuma ahad menu memang je agak berat jugak sebab sambut besday mak ngan wawakan, jadi hidangan memang heavy dan meriah jugaklah..:P

Jadi berat lin pada minggu kedua ini adalah 72.4kg, ada penurunan sebanyak 2.6kg berbanding dengan minggu lepas.


Rumusan:

Minggu lepas lin memang kawal makan dan mula bersenam pada hari rabu sampailah jumaat. Sabtu Ahad rileks je tak bersenampun, cuma tolong mak buat kerja rumah je, keluar jugaklah peluh.

Target lin untuk turun sekurang2nya 2kg dalam masa seminggu nampaknya tercapai, Alhamdulillah. Jadi strategi untuk minggu ini pulak adalah tingkatkan lagi tempoh bersenam, kalau sebelum ni lin lari atas treadmill 15 minit sahaja tapi mulai dari hari ini lin akan tambah 30 minit. Semoga berjaya juga buat kawan-kawan PERS...:D

PDR & PERS - MENU HARI KE 6 & 7 RAMADHAN

Hari 6 dan 7 Ramadhan balik puchong, jadi menu makanan memang nampak agak meriah sikitlah...:P

6 Ramadhan

Sahur:

1 senduk nasi putih
Daging goreng kunyit
Telur dadar
Air Kosong

Berbuka:

1/4 mee hon + mee goreng
1 1/2 pau kaya
1 ketul kuih keria
1 ketul ayam masak kari (ratah)

7 Ramadhan

Sahur:

1 senduk nasi putih
1/4 ayam masak kari
1 ketul ayam mas drummet
Telur dadar
Air kosong

Berbuka:

Grilled Chicken Chop dengan sos cendawan
Kentang putar
sayur campur + mayonis
Air Tembikai Laici (pertama kali minum air manis sepanjang berpuasa)

Friday, August 5, 2011

PDR & PERS - MENU HARI KE5 RAMADHAN

Sahur:
Air kosong
Nasi putih 1 senduk
1 ekor sardin
kuah sup daging

Hari ni berbuka kat puchong, sebab itu menu makan agak meriah sikit dari biasa..huhuhu

Berbuka:
Air kosong
Bihun goreng 1/2 pinggan
1 1/2 biji karipap
2 ketul popia sayur (basah) - makan dalam kete otw balik ke puchong dah azan
daging masak kurma sikit (kuah tak ambil)

Senaman:
Treadmill 16 minit/95kcl/1.4km - hari ni speed laju sikit berbanding semalam
Kayuh basikal - 15 minit
Jalan perlahan atas trek - 5minit - untuk cooling down

* Aku rasa total kalori terbakar hari ni >100kcl

Thursday, August 4, 2011

PDR/PERS - Menu 4 Ramadhan

Alhamdulillah dah masuk Ramadhan keempat, harapan aku agar adalah penurunan bila timbang nanti. Walaupun bendera merah sedang berkibar tapi aku berpuasa gak, bangun sahur dan makan bila berbuka cuma tak baca niat puasa je lah...:P



Okey, ini adalah menu aku untuk hari ke 4 Ramadhan:-



Sahur:
Air kosong memang minum banyak
1 senduk nasi putih
1 biji telur goreng sambal



Berbuka:
Air suam 2 cawan
Tauhu Bakar 2 keping
3 biji kumar
1 ketul popia sayur
1 sudu nasi goreng (MIL masak)
5 biji bebola ikan besar



Senaman:
Workout atas treadmill = 15 minit/1.2 km/kalori terbakar 50kcl
Berbasikal = 15 minit
Cooling down atas trek = berjalan dan lari2 anak selama 5 minit/1 pusingan 400m

Bestnya

kalau dapat badan macam jilian jurulatih the biggest loser...

ataupun macam agnes monica ni....

alangkah seronoknya rasa.....

*mood : angan2 je lebih

Tuesday, August 2, 2011

Permulaan

Aku telah create satu blog yang khusus untuk aktiviti diet aku sahaja. Tujuan aku buat blog baru ini adalah untuk menceritakan semua pengalaman suka dan duka sepanjang aku berdiet. Jatuh bangun semua akan diceritakan di dalam blog yang baru ini.