Tetiba hari ini aku terdetik
nak buat entry pasai kurus, diet dan sebagainya…
Bagi aku semua orang suka
cantik, suka kurus..baik lelaki mahupun wanita…
Tapi bila cakap pasai kurus
ni biasanya kaum wanitalah yang terlalu obses…
Sebab bagi wanita kurus itu
cantik, kurus itu menarik dan kurus itu membuatkan lebih berkeyakinan, mungkin faktor
ini disebabkan oleh lelaki yang suka akan wanita cantik…(ini dari pemerhatian akulah
walaupun tak semua lelaki macam tu, tapi encik suami saya memang suka pompuan
kurus, diapun sentiasa warning aku supaya tak boleh GEMUK)…
Mungkin sebab encik suami yang
jenis macam tulah menaikkan semangat aku untuk kurus, entahlah akupun tak tau
aku ni gemuk tang mana…pasai ramai kawan-kawan kata aku ni bukan gemuk
sangatpun wat pe nak diet…
Tapi hanya diri aku je yang
tau aku ni gemuk ke tak…..mungkin aku ni bukan gemuk sangat tapi aku ni jenis
yang berisi, orang macam aku ni memang ni bahaya sikit, sebabnya kalau tak jaga
makan, malas bersenam memang senang-senang je boleh jadi gemuk….
Aku bersyukur sangat dapat
join geng-geng diet yang lain (PDR & PERS), walaupun aku hanya mengikuti perkembangan
diet dorang semua hanya melalui alam maya sahaja, tapi semangat dorang semua
yang menjadikan aku lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan…..aku join dorang
bukan sebab nak menang hadiah yang menarik tapi aku hanya mengharapkan semoga
impian aku turun sampai 50kg menjadi kenyataan. Aku nak bangkit dengan
penampilan yang baru, penampilan yang lebih sihat dan juga badan yang fit,
kalau kurus tapi badan tak fitpun tak guna gak…ye dok!
Nak kurus ni macam-macam
yang aku perlu lalui, semangat sememangnya kena kuat, disiplin perlu ada, kalau
goyah sikit memang jahanam lah diet selama ini…bak kata seorang temanku “diet
di bulan puasa memang mudah sebab senang2je boleh turun sampai 2kg, tapi
cabaran yang sebenarnya adalah diet selain dibulan Ramadhan”, ye aku akui semua
itu………keazaman dan disiplin kena kuat, kalau dua2 ni tak ada memang takan kuruslah,
duduklah aku ditakok lama.
Selepas bulan Ramadhan ni,
aku memang tak haraplah dapat turunkan sampai 2kg seminggu, dapat turun 1kgpun
aku dah bersyukur, yang penting setiap minggu tu ada penurunannya. Aku bukan macam
orang lain yang diet gila2…aku masih makan macam biasa, cuma aku hadkan
pengambilannya saja, aku hanya makan apa yang badan aku perlu sahaja. Bak kata
orang kita adalah apa yang kita makan, kalau rasa-rasa makan banyak untuk hari
tu, kenalah tingkatkan senaman supaya apa yang aku makan tak tersimpan menjadi
lemak.
Aku juga bersyukur
sangat-sangat dapat suami yang sentiasa bagi sokongan, kalau aku terleka dia
pasti akan tegur, kalau aku malas dia akan bagi kata-kata semangat…sebab dia
tau aku boleh buat…..dan dia jugalah yang bawak aku berjoging tiap-tiap petang tanpa
kenal erti jemu dan penat…demi untuk melihat isterinya ini mencapai matlamat
50kg…. terima kasih sayang.
4 comments:
alhamdulilah, Azrin bertuah ada suami yang sangat-sangat menyokong perjuangan Azrin.. =)
Orang-orang di sekeliling kita yang akan dapat bantu kita untuk lebih cekal dalam apa jua keadaan.
Tak sabar nak tengok Azrin bila dah capai 50kg! =)
Alhamdulillah,
sayapun tak saba nak tgk nadia capai 60kg
terharu baca entry ni...sayu..namun merasakan semangat azrin sungguh kuat..u can do it the best
mia:thanks ya!sebab selalu sgt bg kata2 semangat dan dengan kata2 semangat mia itulah saya bangkit untuk buktikan yg saya boleh...
Post a Comment