LilySlim Weight loss tickers

LilySlim Weight loss tickers

Sunday, August 14, 2011

Puan penganjur kita ni siap ada tugasan istimewa lagi ye untuk rakan-rakan PERS, wah leh pecah kepala gak ni nak memikirkan angan2 ku itu….hehehe

Tugasan pertama : Ceritakan perasaan bila 1 syawal nanti, masa tu berat badan dah susut, bayangkan camne raya nanti.

Okey, aku nak cerita pasai perasaan masa 1 syawal nanti ye. Aku rasa akulah orang yang paling hepi dan paling cun sekali bila dapat pakai baju raya yang dah aku beli kt gulatis tu, pasai apa aku kata hepi sebabnya aku telah mencabar diri aku sendiri untuk beli baju saiz ‘s’, hari rabu lepas aku dah try baju tu dan Alhamdulillah rasanyapun dah agak selesa sikit berbanding masa baru2 beli sebelum puasa itu hari. Cuma harapan aku bila raya nanti dia akan rasa bertambah-tambah selesa lagi dan nanti bolehlah perasan sikit yang aku ni dah kurus…:P

Apa yang aku boleh bayangkan suasana raya nanti pasti akan lebih seronok, nak jumpa sedara marapun bertambah yakin tak adalah rasa malu atau rendah diri sangat, pasai badan dah kurus sikitkan. Nanti tak adalah yang mengata aku ni gemuk pulak lepas kawen. Sebab masa aku kawen bulan 11 tahun lepas badan aku kurus.

Tugasan Kedua: Ceritakan apa makanan yang selalu di makan di hari raya

Biasanya kalau pagi raya tu aku akan makan ketupat dengan kuah kacang, rendang daging, ayam masak merah dan juga sayur masak lodeh. Mak aku punya masakan memang paling sedap di dunialah, kalau tak makan apa yang dia masak pagi raya tu bagi aku memang satu kerugian besar sangat. Disebabkan kami ni orang Selangor jadi tak adalah lemang hanya ada ketupat semata-mata.

Kuih raya biasanya tak berapa gemar sangat nak makan, kalau teringin barulah makan takpun kalau tengok adik2 aku sedap je makan kuih raya barulah aku usik. Air manis usah cakaplah, masa raya oren Sunkist memang satu kewajipan,nak2 kalau buat pekat2 dengan taruk air batunya lagi, fuhhhhh…memang berkilo-kilo le badan ko leh naik tau…hehehe

Tugasan ketiga: Apa perancangan tahun ini untuk memastikan yang makan tersebut masih lagi boleh di makan TANPA ada rasa penambahan berat badan.

Bagi aku sebelum makan makanan yang sedap2 macam aku cakap kat atas tu kan, kenalah isi perut dulu dengan air kosong, minum banyak-banyak dan secara tak langsung ini akan membuatkan aku rasa cepat kenyang walaupun makan sikit. Aku pernah terbaca satu artikel la, dia kata kalau kita rasa lapar kita cuba minum air kosong sebab kadang-kadang tu perut kita ni bukan lapar sangatpun cuma dia rasa haus je, bila kita minum banyak air kosong memang cepat rasa kenyang. Aku akan praktikkan kaedah ini iaitu minum air kosong banyak sebelum makan, supaya aku berjaya kawal berat badan aku nanti.

Dugaan hari raya memang kuat sangat, pokok pangkal pada hati kita…InsyaAllah kalau kita pikir nak cantik, nak kurus kita pasti akan boleh buat punya. Lagi satu senaman memang tak akan dilupakan, walaupun raya bersenam tetap buat jugak barulah boleh maintainkan berat yang ada tu.

4 comments:

N a d i a said...

Hehehe.. antara tugasan yang terawal saya baca..


Bagus lah Azrin, beli baju saiz S.. nak tak nak memang kena pastikan badan muat pakai baju tu kan? Saya dapat bayangkan kegembiraan Azrin bila pakai baju tu, dah terasa longgar2 kemudian dapat bergaya bila beraya nanti.. tahniahhh!!

NAMUN,


Pastikan apa strategi tu akan diamalkan menjelang raya nanti.. baru tak stress / takut nak makan.. Enjoy tetap enjoy tapi still jaga kesihatan.


Kalau dulu, mesti tak ada fikir camni kan? hehehe..


Aja aja fighting!!

azrin_zelina said...

nadia:

tulah,lin ni mgg jenis mcm ni,suka cabar diri,dulu msa nak kawenpun lin berani amik risiko dgn kecikkan 1 inci utk baju nikah tau..fuhhhh

Lagi satu,lin kalau dh tetapkan satu2 target mesti nak capai,kalau tk akan kecwa..

en suami ckp, lin skrg terlalu obses utk kurus...aah biarkan,janji kurus untuk dia jugak dan penting kurus sbb nk bg bb utk dia...:D

Tilot said...

sayur masak lodeh...sedap tu.. dah lama x asa makanan semenanjung.. hehehe...

Lin..raya ni sama2 kite jaga pemakanan..and paling penting mcm lin ckp...minum air kosong byak2... ;)

azrin_zelina said...

Tilot:
betul tu yg penting minum air byk2..biar perut kembung air jgn kembung dengan makanan...hehehe